KITA selalu mendengar dalam menjalin hubungan, perlu ada tolak ansur dan
saling faham memahami antara satu sama lain. Selalu saja dikatakan,
wanita lebih banyak bertolak ansur dan berubah demi memahami situasi
atau kehendak lelaki.
Namun, ada juga lelaki yang memahami
perasaan dan kemahuan seorang wanita dan sanggup berubah demi wanita
dicintai. Namun, tinjauan rambang yang dibuat menunjukkan ramai
menyatakan wanita terlalu rumit untuk difahami.
Pandangan ini mungkin betul atau salah. Bagi
sesetengah pihak pula, mungkin tidak semua wanita sukar difahami.
Persoalannya.. apakah cara lelaki untuk memahami wanita dan apakah sifat wanita yang lelaki perlu ketahui?
Hari ini saya berkongsi dengan anda, senarai 10 perkara lelaki perlu
tahu mengenai wanita. Ia penting untuk kesejahteraan sesuatu
perhubungan.
* SENSITIF
Bukan bermaksud suka
merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian. Apabila
seseorang wanita menyatakan dia sedang bersedih tetapi tidak menitiskan
air mata, itu bermakna dia sedang menangis dalam hati.
* CEREWET
Bukan
bermaksud ‘fussy’ tidak tentu hala, kadang kala ingin lelaki mengikut
kata-katanya sekali sekala. Ikutkan saja kemahuan mereka selagi mampu
tetapi ingat jangan mengeluh tidak tentu pasal… ini boleh memburukkan
lagi keadaan.
* HALUS
Ibarat sehelai sutera,
cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang
wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, lazimnya
wanita akan ingat kesalahan itu untuk disimpan jadi pengajaran… bukan
dendam.
* IKHLAS
Ikhlas seorang wanita tak
perlu diragui. Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka
sepenuh hati dan lelaki juga perlu ikhlas mencintai wanita.
* PERASAAN
Wanita
suka jika sesekali orang yang disayangi membuat kejutan dengan memberi
hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis. Mereka akan rasa terharu
dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini, dia
tidak akan ragu-ragu terhadapmu.
* PRIHATIN
Sentiasa
memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam. Wanita juga mudah jatuh
hati pada lelaki yang prihatin dengan selalu ambil berat mengenai mereka
dan baik terhadapnya.
* MANJA
Walaupun dia
adalah seorang wanita yang pandai berdikari, naluri mereka masih lagi
tetap seorang wanita. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang
bernama lelaki, namun juga dengan orang lain seperti sahabat atau
keluarga.
* EGO
Wanita yang terlalu
sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi egonya apabila bersemuka
dengan yang dicintai. Ini kerana apabila lelaki yang disukai merenung
tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
* CINTA
Cinta
pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus. Apabila lelaki
yang dicintainya pertama kali dalam diam memberikan tindak balas
positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap
acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat.
Namun selepas
ganggang telefon diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tidak sampai
sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita itu!
* SEKS
Seks
bukanlah segala-galanya buat wanita kerana wanita diciptakan dengan
sembilan nafsu dan satu akal. Mereka mempunyai nafsu yang banyak dan
tidak tertumpu kepada satu saja. Lelaki pula dijadikan dengan sembilan
akal dan satu nafsu. Fungsi sebenar lelaki ialah membimbing wanita dan
bukan menghanyutkannya.
Soalan : Adakah anda sudah benar-benar
memahami pasangan anda? Jika belum, apakah yang anda buat dalam usaha
anda untuk memahami si dia?
Sumber: http://cerita-menarik-blog.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment